Alaeddine perkuat benteng TRW - Utusan Malaysia

Alaeddine perkuat benteng TRW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 19 Mei. – Pemain pertahanan tengah kelahiran Tunisia, Alaeddine Bouslimi menjadi tenaga import baharu yang dibawa masuk dalam usaha memperkasakan The Red Warriors (TRW) bagi mengharungi baki saingan Liga Super 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pemain berkenaan menandatangi kontrak selama enam bulan bersama TRW berkuatkuasa semalam.

“Kita harap kehadiran pemain ini mampu memperkasan lagi TRW untuk mengharungi baki saingan Liga Super,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bibi Ramjani memberitahu, pemain tersebut dibawa masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim yang berhijrah ke PKNS FC.

Katanya, Alaeddine akan bergandingan dengan Cassio De Jesus di benteng pertahanan.

Pemain berusia 28 tahun itu mempunyai pengalaman luas beraksi dalam Liga Tunisia sejak tahun 2009 dengan kelab terakhir diwakilinya, CS Hammam Lif, dua musim lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN