Kami datang untuk bagi semangat, Najib pula yang memberi semangat kepada kami -Mas Ermieyati - Utusan Malaysia

Kami datang untuk bagi semangat, Najib pula yang memberi semangat kepada kami -Mas Ermieyati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Niat murni Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberi semangat dan sokongan moral kepada bekas presiden UMNO itu berlangsung dengan sebaliknya apabila Najib pula yang bertindak menasihati serta memberi semangat kepada jentera UMNO lain.

Menurut Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, kunjungannya bersama beberapa Exco UMNO Melaka hari ini berasa gembira di atas keadaan semasa yang positif ditonjolkan Najib.

“Kami memang datang untuk memberi sokongan dan semangat kepada beliau, tetapi Najib pula yang menasihati kami para penggerak dan penyokong UMNO di peringkat bawah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Najib turut menyentuh sejarah Islam di zaman Nabi Muhammad bahawa para Sahabat tetap berjuang walau hanya dengan lima orang pengikutnya,” katanya ketika ditemui selepas keluar dari kediaman Najib kira-kira pukul 2.00 petang tadi.

Ditanya berkenaan kesihatan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, beliau memberitahu, Rosmah berada dalam keadaan sihat dan turut terlibat dalam perjumpaan mereka dalam kediamannya yang terletak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Yang turut keluar dari kediaman Najib, Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd. Ali Rustam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN