Bazar Le Meriden sedia 350 juadah berbuka - Utusan Malaysia

Bazar Le Meriden sedia 350 juadah berbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 19 Mei – Menjadi tradisi setiap tahun, hidangan untuk berbuka puasa atau lebih popular dalam kalangan orang Sabah iaitu sungkai dengan berkonsepkan bazar.

Perkara itu bukan sahaja cukup terkenal di semenanjung, malah ia turut menjadi tradisi di negeri bawah bayu ini.

Mengambil ilham itu, Le Meridean Kota Kinabalu pada tahun ini mengetengahkan konsep bazar dengan menyediakan 350 jenis juadah untuk berbuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Pengurus Besar Le Meridien, Rachael Harman, hidangan bufet sungkai itu meliputi pelbagai jenis makanan termasuk makanan tradisi bagi negeri ini.

“Hidangan utama dalam bufet berkenaan termasuk Nasi Briyani, Nasi Lemak, Kerapu hibrid, Sup Gearbox, Kambing Panggang, Makanan laut segar dan Bubur Lambuk.

“Menu berkonsepkan hidangan tempatan yang disediakan seperti Ayam Pansoh, Ambuyat, Pinasakan Udang, Hinava, Bambangan dan Tuhau,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Rachael berkata, Bazar Ramadan Le Meridien turut membangkitkan suasana warna-warni sebagai daya tarikan selain membuka stesen memasak secara langsung dan kiosk kreatif seperti pencuci mulut ‘wonderland’ serta 13 kuali hidangan gulai.

“Setiap tempahan bufet sungkai Le Meridien adalah berharga RM168 bagi dewasa dan RM80 bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.

“Bagaimanapun pelanggan yang sudah membeli baucar bufet akan menikmati harga istimewa iaitu RM138 untuk dewasa, manakala, kanak-kanak berumur bawah 5 tahun menikmati hidangan secara percuma. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN