Mohamed Azmin jumpa Tun M - Utusan Malaysia

Mohamed Azmin jumpa Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 19 Mei- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) pada pukul 12.05 tengah hari ini bagi bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mohamed Azmin jumpa Tun M
Mohamed Azmin Ali

Difahamkan pertemuan itu bagi membincangkan mengenai pelantikan Mohamed Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kabinet baharu yang diterajui Dr. Mahathir.

Semalam Dr. Mahathir dalam satu kenyataannya mengumumkan sembilan lagi nama menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) termasuk Mohamed Azmin selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Senarai menteri Kabinet baharu itu dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin ini di hadapan Yang Dipetuan Agong, Sultan Muhammad V. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN