Masjid Jamek Kampung Baru hulur sumbangan - Utusan Malaysia

Masjid Jamek Kampung Baru hulur sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mei – Sebanyak 569 asnaf dan 72 anak yatim menerima sumbangan wang tunai pada Majlis Penyerahan Bantuan Ramadan 2018 di Masjid Jamek Kampung Baru di sini hari ini.

Menurut Pengerusi Biro Kebajikan Masjid Jamek Kampung Baru, Mohd. Zakaria Maidu, penerima bantuan dipilih daripada pemastautin yang terdiri daripada golongan yang kurang bernasib baik.

Pemilihan dibuat oleh ketua-ketua kariah, di mana semua sekali kita ada tujuh kampung. Sumbangan adalah daripada kutipan tabung yang kita sediakan di masjid ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiap anak yatim terpilih menerima RM300, manakala asnaf pula menerima RM250. Selain itu, kita juga memberikan sumbangan berjumlah RM9,000 kepada sembilan surau dan madrasah sekitar Kampung Baru, menjadikan jumlah sumbangan adalah sebanyak RM172,850,”katanya pada majlis itu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Aris; Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Nazim Tun Razak; Penasihat Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Abdul Rahim Mohd. Ibrahim dan Presiden Komuniti Aceh, Datuk Maansyur Usman. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN