Mahathir, Hsien Loong bertemu 30 minit di Yayasan Kepimpinan Perdana - Utusan Malaysia

Mahathir, Hsien Loong bertemu 30 minit di Yayasan Kepimpinan Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pertemuan antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengambil masa kira-kira 30 minit di Yayasan Kepimpinan Negara di sini hari ini. 

Hsien Loong tiba di bangunan yang menjadi pejabat sementara Perdana Menteri pada pukul 11 pagi dan kelihatan keluar pada pukul 11.30 pagi. 

Pada 16 Mei lalu, Hsien Loong mengumumkan di Parlimen beliau akan melawat Malaysia untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan baharunya, Mahathir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahathir, pemimpin Pakatan Harapan, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada 10 Mei selepas gabungan itu memenangi pilihan umum yang baru selesai, dengan itu menjadi perdana menteri pertama paling tua di dunia.

Semasa menyampaikan perbahasan ucapan presiden, Hsien Loong berkata, beliau berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia demi faedah bersama.

Hsein Loong merupakan pemimpin negara kedua menemui Mahathir.

Sebelum ini Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Putera Abdul Mateen telah bertemu dengan Perdana Menteri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN