Remaja berusia 15 tahun antara lima individu dicekup terlibat judi dalam talian - Utusan Malaysia

Remaja berusia 15 tahun antara lima individu dicekup terlibat judi dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun antara lima individu yang dicekup selepas disyaki terlibat dalam perjudian dalam talian menerusi serbuan berasingan di dua daerah di negeri ini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai berkata, empat suspek lain termasuk seorang warga asing yang diberkas berusia hingga 40 tahun.

Menurutnya, kesemua mereka yang ditahan itu merupakan operator atau ejen yang menjual kad tambah nilai judi dalam talian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil serbuan itu, polis berjaya merampas wang tunai sebanyak RM2,249, empat unit telefon bimbit, komputer riba, slip pertaruhan dan peralatan lain yang disyaki digunakan dalam jenayah tersebut.

“Kesemua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes tersebut disiasat mengikut Akta Perjudian Rumah Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Dennis menambah, polis akan terus menggempur aktiviti perjudian haram di negeri ini dari semasa ke semasa.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN