Warga emas rugi RM150,000 diperdaya tiket nombor ekor tidak wujud - Utusan Malaysia

Warga emas rugi RM150,000 diperdaya tiket nombor ekor tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLAND – Seorang warga emas kerugian sebanyak RM150,000 selepas diperdaya dengan pembelian nombor ekor  tidak wujud di Ringlet di sini April lalu. 

Dalam kejadian kira-kira awal April itu, mangsa seorang lelaki bangsa Cina berusia 79 tahun telah bertemu dengan seorang lelaki Melayu yang mengaku dirinya seorang penjaga masjid. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek memaklumkan bahawa mangsa yang juga seorang pekebun mempunyai nasib baik jika membeli nombor ekor. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang percaya dengan kata-kata suspek telah menyerahkan RM20 bagi pembelian nombor ekor sebelum dimaklumkan terkena hadiah RM2 juta pada keesokkan harinya. 

“Suspek kemudian telah memaklumkan kepada mangsa supaya menyerahkan wang sebanyak RM150,000 jika ingin mengambil resit nombor ekor yang kemudian telah diserahkan secara serahan tangan sebanyak RM130,000 di dua lokasi dan selebihnya secara atas talian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Tambahnya, setelah itu, mangsa yang terasa ditipu membuat laporan polis selepas gagal menghubungi mangsa melalui dua nombor telefon. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN