FOTO ESEI - Utusan Malaysia

FOTO ESEI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SISTEM demokrasi di Malaysia yang melibatkan negeri-negeri menjadi tarikan masyarakat umum termasuk di luar negara apabila berjaya menampilkan proses peralihan kuasa yang aman. Kestabilan negeri-negeri dapat dikekalkan melalui peranan dimainkan oleh Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua negeri.

Pilihan Raya Umum ke-14 lalu menyaksikan terdapat parti politik tidak memenangi majoriti mudah seperti di Perak, Sabah dan Kedah sekali gus menjadikan pembentukan kerajaan negeri tergantung seketika.

Dalam hal ini, pihak Sultan dan Yang Dipertua negeri memainkan peranan penting dalam membuat pertimbangan siapakah Ahli Dewan Undangan Negeri yang mempunyai sokongan majoriti mudah untuk dilantik mengetuai kerajaan negeri.

Secara keseluruhannya, dalam tempoh seminggu selepas PRU-14, kesemua kerajaan negeri berjaya dibentuk, kecuali Perlis, apabila Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri mengangkat sumpah dan seterusnya diikuti dengan pelantikan Exco-Exco kerajaan negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×