Anak cadang tubuhkan RCI - Utusan Malaysia

Anak cadang tubuhkan RCI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mencadangkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), kata Pengerusinya Mazlan Aliman.

“Antara isu yang dibangkitkan persatuan itu dalam pertemuan dengan CEP hari ini (semalam) adalah keadaan kewangan yang kritikal, ketirisan wang, harta dan aset Felda,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada CEP berhubung isu-isu yang didakwa melanda Felda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mazlan, beliau juga telah memohon agar hutang peneroka yang didakwanya melebihi RM100,000 seorang, diberikan pemotongan pembayaran sebanyak 50 peratus dan cada­ngan itu akan dipertimbangkan majlis tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini