Nik Omar dilarang jadi imam - Utusan Malaysia

Nik Omar dilarang jadi imam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Anak kedua Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar dilarang menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka dekat sini oleh keluarganya sendiri berkuat kuasa semalam.

Perkara tersebut diceritakan oleh Nik Omar ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di hadapan kira-kira 100 hadirin di Wisma Tok Guru, Salor yang merupakan markas Parti Amanah Negara (Amanah) di sini semalam.

Ekoran ‘larangan’ itu, Nik Omar mengakui hilang fokus dan tidak dapat berceramah dengan baik selain memberitahu beliau keletihan.

Nik Omar berkata, selepas bapa mereka meninggal dunia, jadual penggiliran tidak rasmi telah dibuat antara beliau bersama adik-beradik lain.

“Pagi Jumaat merupakan gilirannya menjadi imam serta menyampaikan kuliah Subuh. Cuma Subuh tadi (semalam), adik ambo, Ustaz Nik Abduh, naik jadi imam dan terus beri kuliah.

“Selepas itu dia bersalam, dan ambo cuma kata, tak apa ke bersalam, tak najis ke ambo ni? Dia kata ini keputusan keluarga, ambo tidak dibenarkan jadi imam dan bagi kuliah di situ lagi,” katanya yang kelihatan sedih akibat larangan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×