KUALA LUMPUR 18 Mei – Aktiviti pasaran kewangan dalam negara Malaysia berterusan beroperasi secara berkesan sewaktu minggu pertama selepas pilihan raya umum, yang mencatatkan jumlah dagangan urusniaga FX purata harian yang baik berjumlah AS$15 bilion RM59.6 bilion.
Menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC), kesan kadar turun naik AS$ berbanding ringgit susut kepada purata 5.6 peratus untuk minggu berkenaan berbanding tahap tinggi 5.9 peratus pada pra pilihan raya menunjukkan keyakinan berterusan pelabur terhadap pasaran Malaysia.
“Untuk minggu berkenaan, ringgit diniagakan dalam jajaran kecil pada tahap antara 3.94 dan 3.98 sejajar dengan prestasi dan jangkaan mata wang serantau.
“Menurut FMC, pasaran bon kerajaan kekal disokong oleh pelabur institusi tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










