Jia Zong dakwa berlaku penyelewengan dana di SJKC - Utusan Malaysia

Jia Zong dakwa berlaku penyelewengan dana di SJKC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Mei – Persatuan Ja­ringan Ibu Bapa Pencinta Pendidikan Bahasa Zhong Hua (Jia Zong) mendakwa berlaku penyelewengan dana dan kesalahan di beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini.

Penasihat Jia Zong, Edward Neoh Chuan Tat berkata, gejala tersebut antaranya membabitkan tindakan pihak pengurusan SJKC meminta yuran-yuran tambahan untuk kelas-kelas tertentu yang diadakan pada waktu persekolahan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut dalam usaha membawa perubahan terhadap sistem pendidikan negara.

“Kami di persatuan melihat di SJKC seolah-olah tiada undang-undang. Rasuah dan salah guna kuasa dilihat semakin serius kini. Duit yang terlibat dalam gejala ini adalah sangat besar.

“Ibu bapa di SJKC terpaksa membayar sehingga RM200 sebulan untuk anak-anak mereka ke sekolah kerajaan. Perlu diingatkan ini sekolah kerajaan. Bagaimana sekolah kerajaan terus mengenakan yuran tanpa henti seperti tiada undang-undang?,” katanya.

Beliau bersama kira-kira 30 orang ahli persatuan telah berhimpun di hadapan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini dan seterusnya menyerahkan maklumat berhubung dakwaan mereka itu kepada wakil Pejabat Perdana Menteri.

Edward berkata, antara gejala yang berleluasa di SJKC adalah pengenaan yuran bagi kelas komputer serta kelas tambahan pada waktu persekolahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×