BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 19 MEI 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 19 MEI 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALAUPUN pernah dituduh sebagai ‘dedak’, Awang semalam menarik nafas lega kerana akhirnya kerajaan Pakatan Harapan me­ngakui keperluan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

BR1M mula diperkenalkan oleh kerajaan sebelum pakatan selepas melaksanakan agenda rasionalisasi subsidi yang menjimatkan perbelanjaan negara.

Subsidi yang dapat dijimatkan itu kemudian dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk program pembangunan rakyat dan pemberian bantuan bersasar seperti BR1M.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di peringkat awal, pemindahan tunai perlu mengutamakan kumpulan yang benar-benar kurang bernasib baik dan sama penting bagi penerima BR1M untuk keluar daripada kelompok berpendapatan rendah dari semasa ke semasa.

Pendirian kerajaan mengekalkan BR1M melegakan golongan berpendapatan rendah termasuklah para pemohon yang gagal dalam permohonan bantuan itu untuk mengemukakan rayuan dan menghantar dokumen sokongan sehingga 31 Mei ini.

Jumlah penerima manfaat BR1M bukannya sedikit. Sehingga 31 Mac lalu, sebanyak 7,084,726 permohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2018 yang merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,705,853 penerima isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Bantuan RM900 juga diberi kepada 324,973 penerima isi rumah yang berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 dan bantuan RM450 kepada 3,053,900 penerima individu yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.12 bilion.

AWANG – Suka bersedekah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN