Putin: Semua ‘tentera asing’ akan tinggalkan Syria - Utusan Malaysia

Putin: Semua ‘tentera asing’ akan tinggalkan Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOCHI 18 Mei – Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Presiden Syria Bashar al-Assad semalam bahawa ‘tentera bersenjata asing’ akan meninggalkan Syria, menurut agensi berita Syria, SANA.

Assad yang mengadakan lawatan mengejut ke Rusia bersama-sama rakan sejawatannya, Putin, memuji permulaan proses politik di Syria ketika peperangan menentang keganasan yang berterusan.

CNN melaporkan, Amerika Syarikat, Iran, Turki, Rusia dan beberapa negara lain mempunyai tentera di Syria.

Rusia muncul sebagai penyokong Assad paling kuat, membantu menumbangkan pemberontakan menentang Presiden Syria apabila ia campur tangan bagi pihaknya pada 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×