Jenazah tiga beradik maut ditetak disemadikan dalam satu liang lahad - Utusan Malaysia

Jenazah tiga beradik maut ditetak disemadikan dalam satu liang lahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK – Tiga beradik yang maut akibat ditetak oleh seorang lelaki di bawah pengaruh dadah di Bagan Datuk petang semalam dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap di sini sebentar tadi.

Jenazah ketiga-tiga beradik iaitu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.10 malam ini, sebelum pengebumian selesai kira-kira pukul 10 malam.

Suasana sayu menyelubungi kawasan tanah perkuburan yang dihadiri lebih 500 ahli keluarga dan penduduk setempat yang datang memberi penghormatan terakhir sebelum mereka disemadikan.

Sebelum itu, jenazah tiga mangsa dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira pukul 7.30 petang selepas selesai proses bedah siasat, dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan di hospital berkenaan. 

Ketiga-tiga jenazah kemudian dibawa dengan sebuah van jenazah menuju ke Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×