Petronas Dagangan catat perolehan RM7b - Utusan Malaysia

Petronas Dagangan catat perolehan RM7b

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei – Petronas Dagangan Berhad (PDB) mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak RM7.07 bilion bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018 berbanding RM6.78 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Petronas Dagangan da­lam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, untung bersih menyusut kepada RM220.33 juta berbanding RM254.60 juta bagi tempoh sama 2017.

Jelas syarikat itu, peningkatan hasil susulan kenaikan jumlah jualan sebanyak tiga peratus serta kenaikan satu peratus pada harga jualan purata.

“Prestasi operasi perniagaan utama kumpulan dipengaruhi oleh harga produk petroleum susulan pengukuhan harga mi­nyak mentah dan persekitaran ekonomi negara yang berkembang.

“Harga purata mi­nyak mentah Brent adalah AS$66.42 (RM263.82) setong pada suku pertama tahun ini lebih tinggi berbanding harga purata sepanjang 2017 iaitu AS$54.27 (RM215.56) setong. Kumpulan menjangkakan harga kekal tidak menentu walaupun me­nunjukkan trend menaik ketika ini,” katanya di sini hari ini.

Tambah syarikat tu, kumpulan akan sentiasa fokus kepada pengurusan inventori, pengedaran dan kecekapan pengedaran ser­ta mengoptimumkan perbelanjaan operasi bagi memastikan syarikat kekal berdaya tahan.

Katanya, segmen peruncitan dijangka semakin kompetitif susulan penurunan dalam penjualan kereta sejak 2015, peningkatan pengeluaran kenderaan cekap tenaga, perkhidmatan e-hailing dan penggunaan pengangkutan awam.

Menurut PDB, segmen tersebut berusaha untuk mengukuhkan penjenamaan produk, menawarkan bahan bakar terbaik, menaik taraf stesen, kedai serta mutu perkhidmatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×