Hisense lancar tiga model televisyen baharu - Utusan Malaysia

Hisense lancar tiga model televisyen baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei – Hisense Malaysia melancarkan barisan produk televisyen (TV) terbaharunya untuk pasaran tempatan iaitu Hisense U9A Edisi Khas Piala Du­nia, Laser TV dan U7A masing-ma­sing berharga RM19,999, RM39,999 dan RM6,999 sebuah.

Pengarah Urusan Hisense Malaysia, Andy Huang Yuan Xin berkata, U9A menggunakan sistem lampu latar Prime Array Backlight yang terdiri daripada struktur ultra padat diod pemancar cahaya (LED) bagi menghasilkan gambar yang jelas pada skrin.

Menurut beliau, sistem tersebut memaparkan warna sebenar seolah-olah seperti melihat perlawanan bola sepak di stadium.

“U9A turut menggunakan teknologi Ultra Motion Plus bagi meningkatkan lagi kejelasan imej yang sedang bergerak pantas.

“Bagi penggemar sukan terutama kempen Piala Dunia Fifa 2018 yang akan bermula tidak lama lagi sudah pasti U9A mampu memberikan kepuasan maksimum dengan paparan sebesar 75 inci, jelas dan lancar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Pengurus Produk Hisense Malaysia, Edison Li dan Jeremy Tang serta Pengurus Besar Hisense Malaysia, Tan Soo Hee.

Andy menambah, Hisense 4K UHD Smart Laser TV inci sangat sesuai bagi yang gemar menonton perlawanan di skrin besar kerana model berkenaan memiliki skrin 100 inci serta mempunyai julat warna dan paparan resolusi yang tinggi.

Katanya lagi, Laser TV adalah nipis, ringan, tanpa wayar dan menggunakan teknologi laser yang akan membuatkan mereka melihat dinding rumah daripada perspektif yang berbeza.

“Sementara itu, U7A didatangkan dengan rekaan nipis menggunakan kerangka besi yang mening­katkan kualiti set televisyen pada tahap yang tersendiri. Model ini menggunakan sistem Elite Backlight yang memberikan kontras cahaya yang mengagumkan.

“U7A memiliki Sistem Julat Dinamik Tinggi bagi menghasilkan paparan dengan kontras yang tinggi sekali gus menyerlahkan perincian pada gambar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×