Kita masih menebak sejarah
daripada tafsiran ceritera yang tidak berubah
di bawah mendung yang berderaian dahaga
Memuatkan artikel berkaitan…
mereka menghirup daripada serpih gelas
yang menuris riuk sengsara.
Malah berlembar kebenaran kita selongkar
hingga ke ufuk jelaga lapar
mereka menjamah daripada retak pinggan
yang meracik hayat terkapar.
Saat mereka memendam dengkuran bulan
tanpa enak jus dan mukjizat zamzam
waktu mereka menggenggam kelibat matahari
tanpa lazat manisan dan lembut roti.
Saban hari menghanyut ratap
melingkari lubuk taufan halilintar
menukang jerebu usia bersisa
di sebalik teluk darah dan air mata
sementara kesilapan kita hanya membaca
aksara kemanusiaan yang dipadam di mana-mana.
ABD. RAHIM OMAR
Sungai Petani, Kedah











