KUALA LUMPUR – Dua tukang ditugaskan untuk membuka lapan lagi peti besi di bekas kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.
Menurut sumber, dua tukang kunci itu datang pada pukul 12 tengah hari dan sehingga pukul 9.30 malam tadi proses itu masih belum selesai.
“Siasatan masih dijalankan dan perkembangan akan dimaklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Mengulas berkenaan status peti besi di rumah kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, di sini, sumber berkata, ia telah selesai.
“Peti besi itu telah dibuka dan ada sejumlah wang tunai,” ujarnya.











