Hilmi lepas jawatan dalam UMNO - Utusan Malaysia

Hilmi lepas jawatan dalam UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya melepaskan kesemua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa hari ini ekoran prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Hilmi dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, beliau melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau dan tugas itu dipangku oleh Timbalannya, Datuk Dr. Mohamad Farid Saad.
“Saya kekal menjadi ahli UMNO dan sedia membantu semua pihak demi kepentingan rakyat. 

“Saya mendoakan UMNO akan kembali bangkit dan terus membela untung nasib orang Melayu dan seluruh lapisan masyarakat di negara ini,” kata Hilmi dalam kenyataannya.

Hilmi mula bergelar wakil rakyat di kawasan itu sejak 1990 sebelum kali terakhir menjadi Ahli Parlimen Balik Pulau pada penggal lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Hilmi tewas ke atas calon PKR, Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang memperolehi majoriti 6,464. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×