Dr. Mahathir umum sembilan lagi menteri - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir umum sembilan lagi menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan nama sembilan lagi ahli Parlimen Pakatan Harapan yang dilantik sebagai Menteri Persekutuan.

Menurut kenyataan perdana menteri hari ini, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi manakala Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Turut dilantik adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, Ketua Wanita PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke (Menteri Pengangkutan) dan Naib Presiden DAP, M. Kulasegaran (Menteri Tenaga Manusia).

Turut tersenarai adalah Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), Pengarah Stretegi Amanah, Dr. Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan) dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Rina Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar).

Pengumuman itu menjadikan barisan kabinet kini 14 orang susulan pengumuman sebelum ini yang menamakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri,  Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga. – Bernama

 

Senarai Menteri Kabinet baharu:

 

Perdana Menteri

Tun Dr. Mahathir Mohamad (Langkawi)

 

Timbalan Perdana Menteri

Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)

 

Menteri Kewangan

Lim Guan Eng (Bagan)

 

Menteri Dalam Negeri

Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)

 

Menteri Pertahanan

Mohamad Sabu (Kota Raja)

 

Menteri Pendidikan

Dr. Maszlee Malik (Simpang Renggam)

 

Menteri Pembangunan Luar Bandar

Rina Harun (Titiwangsa)

 

Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Zuraida Kamruddin (Ampang)

 

Menteri Pengangkutan

Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

 

Menteri Komunikasi dan Multimedia

Gobind Singh Deo (Puchong)

 

Menteri Tenaga Manusia

V. M. Kulasegaran (Ipoh Barat)

 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Salahuddin Ayub (Pulai)

 

Menteri Kesihatan

Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×