Grab sedia beri kerjasama - Utusan Malaysia

Grab sedia beri kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei – Grab Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan dalam mengkaji semula akta sedia ada bagi melindungi perkhidmatan e-hailing dan teksi demi masa depan komuniti teksi.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata, hasrat kerajaan untuk melakukan perubahan ketika ini dilihat sebagai satu komitmen bagi memberikan layanan yang adil kepada kedua-dua belah pihak serta menjaga kepentingan masyarakat secara keseluruhan.

Katanya, Grab kekal komited dan sentiasa bersedia dalam apa jua kerjasama bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada komuniti.

“Kalau diteliti apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini adalah beliau menghargai semangat yang ditunjukkan rakyat untuk melakukan perubahan dan berlaku adil kepada semua orang.

“Salah satu perubahan yang diinginkan adalah memastikan setiap segmen dalam kalangan masyarakat terus terpelihara dan ia melibatkan komuniti teksi di negara ini,” katanya kepada pemberita dalam sesi taklimat, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×