SYUHADA YUSOF KUALA LUMPUR 18 Mei – Universiti Malaya (UM) hari ini melaporkan status Ijazah Doktor Falsafah yang didakwa dianugerahkan oleh pihak mereka kepada Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman adalah tidak benar sama sekali. “Pihak universiti tidak pernah menganugerahkan ijazah tersebut kepadanya dan sijil yang telah tular di laman-laman sosial adalah palsu. “Kami tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana pihak sekiranya mereka didapati menggunakan nama dan logo UM tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini. Tambah UM, mereka akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebelum ini, Boy Iman menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik foto memaparkan kad pelajar yang tercatat namanya dengan logo UM bersama tesis penyelidikan universiti itu. – UTUSAN ONLINE










