Suri rumah maut kemalangan babit tiga kenderaan - Utusan Malaysia

Suri rumah maut kemalangan babit tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG – Seorang suri rumah maut manakala anak perempuannya cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 48, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pasir Puteh di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Nazifa Zulkefli, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada beberapa anggota badan.

Anak perempuan mangsa, Nurul Ulya Mohd. Omar, 2, yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Menurut Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali, kejadian berlaku apabila kereta jenis Peugeot yang dipandu seorang pensyarah wanita dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua buah kereta yang berada di kiri bahu jalan.

“Pemandu Peugeot yang menghala ke arah Kuantan dikatakan terbabas lalu merempuh kereta Proton Waja dipandu Nazifa bersama anak perempuannya dan sebuah lagi Proton Saga Iswara yang diparkir di kiri bahu jalan.

“Akibat rempuhan itu, suri rumah terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×