Bazar Colek Ramadan di Kota Bharu - Utusan Malaysia

Bazar Colek Ramadan di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 18 Mei – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mewujudkan Bazar Colek Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

Bazar yang menampilkan 20 gerai menjual pelbagai jenis ‘colek’ tersebut dibuka di Dataran Bandar Raya di sini, bermula pukul 6 petang hingga 12 tengah malam, setiap hari.

Pengarah Fama Kelantan, Mohd. Ariffin Awang berkata bazar itu turut memberi peluang kepada golongan belia untuk berniaga bagi menambah pendapatan mereka di samping memberi kelainan bagi memeriahkan bulan Ramadan.

“Dulu penggemar colek berdepan kesukaran pergi kedai ke kedai mencari colek. Jadi Fama memutuskan untuk mewujudkan bazar colek supaya memudahkan orang ramai menikmati pelbagai jenis colek di satu lokasi.

“Selain colek terdapat gerai Food Truck yang menyediakan pelbagai jenis makanan lain juga,” katanya dalam sidang akhbar, di sini semalam.

Mohd. Ariffin, berkata 20 peniaga di bazar tersebut terdiri daripada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pembuatan makanan di bawah bimbingan Fama.

Colek ialah makanan ringan popular di Kelantan terdiri daripada campuran ayam, perut lembu, peparu, keropok dan sosej yang digoreng sebelum dimakan bersama kuah pencicah.

Turut popular di negeri ini ialah colek pelbagai jenis buah-buahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×