APMM tahan bot nelayan Vietnam di perairan Kemaman - Utusan Malaysia

 APMM tahan bot nelayan Vietnam di perairan Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Tindakan sebuah bot nelayan Vietnam yang cuba menyamar menggunakan nombor pendaftaran Malaysia bagi mengaut sumber laut di perairan negeri ini tidak berhasil selepas kegiatan mereka berjaya dipatahkan anggota Maritim Malaysia (APMM) kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Datuk Zulkarnain Mohd. Omar berkata, ketika menjalankan rondaan pada pukul 5.16 pagi, pihaknya menerima aduan awam mengenai sebuah bot dalam keadaan mencurigakan kira-kira 59 batu nautika dari Kuala Kemaman.

“Kapal ronda APMM telah mengesan sebuah bot nelayan asing yang disyaki menyamar sebagai bot nelayan tempatan dengan menggunakan nombor pendaftaran PAF 4128.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, didapati kesemua tujuh awak-awak termasuk tekong bot berkenaan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri, lesen bot dan permit kerja yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkarnain, bot nelayan berserta barangan rampasan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM500,000 itu kemudiannya dibawa ke jeti APMM Kemaman bagi tujuan siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×