Enam kenderaan tiba di rumah bekas PM - Utusan Malaysia

Enam kenderaan tiba di rumah bekas PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei – Empat buah kereta polis diiringi dua buah motosikal berkuasa tinggi, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dan pacuan empat roda jenis Nissan Navara berwarna hitam masuk ke pekarangan rumah Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keempat-empat kereta jenis Proton Preve berkenaan membawa pegawai dan anggota memakai vest polis, sementara MPV pula dipercayai dinaiki ahli keluarga Najib sementara pacuan empat roda dinaiki individu tidak diketahui.

Walau bagaimanapun sebelum itu, suasana di luar perkarangan tenang selepas 16 jam lori polis terakhir meninggalkan kediaman dengan membawa beberapa kota plastik mengandungi barangan bukti berkaitan skandal 1MDB.

Dalam operasi penggeledahan semalam, peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu, proses pencarian berterusan selama hampir 20 jam bermula pukul 10 malam pada Rabu lalu.

Beliau berkata kepada Utusan Online, pihak polis telah membuka beberapa peti barang peribadi yang mengandungi beg tangan dan pakaian disusun serta dibungkus kemas dalam kotak turut diambil polis.

Malam tadi, unit kediaman peribadi bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional itu di Pavilion Residences di ibu kota turut diserbu pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memberitahu, dalam serbuan di sana pihak polis menemui 72 buah beg mengandungi wang tunai tempatan dan asing serta 284 buah kotak mengandungi beg tangan mewah berjenama.

Barang-barang peribadi atau bukan peribadi yang diambil dari kediaman beliau di kedua-dua kawasan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tambah beliau, operasi penggeledahan masih lagi berjalan sehingga arahan menamatkan operasi diterima. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×