Nani, Eder tidak ke Piala Dunia - Utusan Malaysia

Nani, Eder tidak ke Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON 18 Mei- Pengendali Portugal, Fernando Santos membuat keputusan mengetepikan Eder dan Nani, sebaliknya memilih pemain muda, Andre Silva dan Goncalo Guedes bagi mencipta gandingan bersama dengan pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo di bahagian serangan.

Turut sama tidak disenaraikan dalam skuad 23 pemain adalah Andre Gomes, yang mengalami nasib sama seperti Eder dan Nani walaupun mereka merupakan nama besar dalam skuad Portugal.

Ketiga-tiga pemain ini adalah antara tonggak yang membantu Portugal muncul juara di Euro 2016, di mana Eder menjadi wira dalam aksi final dengan menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Perancis.

Pada usia 33 tahun, pemenang lima kali Ballon d’Or, Ronaldo serta pemain berusia 34 tahun, Ricardo Quaresma menjadi dua pemain berusia lebih 30 tahun di bahagian serangan Portugal.

“Daripada aspek kemanusiaan, adalah amat sukar menyingkirkan pemain yang bersama kami pada Euro 2016.

“Mereka semua memberi sumbangan dalam mencipta sejarah bola sepak Portugal. Tapi saya perlu buat pilihan untuk membentuk pasukan yang lebih baik,” kata pengendali berusia 63 tahun itu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×