KUALA LUMPUR 17 Mei – Meskipun Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini berdepan dengan pelbagai ujian getir, bekas Perdana Menteri itu mengambil peluang berbuka puasa bersama ibunya, Tun Rahah Mohammad Noah pada malam ini.
Alhamdulillah berkat bulan Ramadan, dapat bersama Bonda Tun Rahah sementara menunggu masuk waktu Isyak dan solat terawih tadi. pic.twitter.com/E4c6ueoehD
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 17, 2018
“Alhamdulillah, berkat bulan Ramadan, dapat bersama bonda Tun Rahah sementara menunggu masuk waktu Isyak dan solat tarawih tadi,” kata Najib menerusi akaun Facebook beliau, hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu berkongsi sekeping gambar beliau bersama Tun Rahah yang mendapat kira-kira 33,000 tanda suka selain dikongsi lebih 801 kali oleh pengikut beliau di akaun Facebook rasminya. – UTUSAN ONLINE










