Peniaga bazar Ramadan perlu utamakan kebersihan - Utusan Malaysia

Peniaga bazar Ramadan perlu utamakan kebersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Majlis Perbandaran Klang (MPK) meminta para peniaga bazar Ramadan sentiasa menitikberatkan kebersihan tapak perniagaan semasa menjalankan perniagaan pada bulan puasa ini.

Yang Di Pertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata,aspek kebersihan perlu diutamakan bagi memastikan tiada kes keracunan makanan kepada pengguna seterusnya menawarkan kualiti makanan yang baik kepada pembeli.

“Selain penjual, pengunjung bazar Ramadan juga digalakkan membawa beg sendiri untuk mengisi makanan yang dibeli bagi mengelakkan penggunaan beg plastik dalam usaha menjaga alam sekitar di sini.

“MPK mengalu-alukan langkah tersebut (membawa beg sendiri) yang mana ia bukan hanya memudahkan para pengunjung, tetapi berupaya mewujudkan persekitaran yang sihat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kurma Kepada kakitangan MPK di sini hari ini.

Mohamad Yasid berkata, beliau berharap semua pengguna yang mengunjungi bazar Ramadan membawa  beg atau bekas makanan sendiri bagi mengurangkan pepejal atau sampah.

Tambahnya, pelbagai program dirangka sempena bulan mulia ini oleh MPK antaranya program sumbangan, ceramah, bubur lambuk dan ziarah kebajikan khususnya kakitangan yang ditimpa musibah sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×