Rogol teman wanita, kelindan lori dipenjara 5 tahun, sebatan - Utusan Malaysia

Rogol teman wanita, kelindan lori dipenjara 5 tahun, sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 17 Mei – Seorang kelindan lori dihukum penjara lima tahun dan sebatan dua kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun, dua tahun lalu.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Shahrul Imam Abdul Rahman, 21, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap seorang gadis yang merupakan pelajar tingkatan dua ketika kejadian.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah, di Desa Mentari di sini kira-kira pukul 5 petang, 3 Mac 2016.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Ashy’ari Kamaruzaman sementara Muhammad Shahrul Imam tidak diwakili peguam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×