6 rumah musnah terbakar - Utusan Malaysia

6 rumah musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEROTAI 17 Mei – Sebanyak enam buah rumah termasuk sebuah rumah kongsi tiga pintu di Kampung Merotai Besar di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.42 tengah malam itu, kesemua rumah berkenaan musnah kira-kira 100 peratus.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, sebaik menerima panggilan kecemasan, pasukan bomba bertindak segera ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Sebaik sahaja Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Tawau bersama 17 anggota ke lokasi kejadian menggunakan dua buah jentera pemadam, tangki air serta dibantu tujuh anggota bomba sukarela Merotai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pasukan berkenaan membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan terbabit bagi memastikan keselamatan.

“Pasukan keselamatan turut mengesahkan tiada kecederaan mangsa dilaporkan akibat kejadian itu.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya oleh anggota bomba dan operasi itu berakhir tiga jam kemudian,” katanya kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×