PM ucap selamat menyambut ibadah puasa - Utusan Malaysia

PM ucap selamat menyambut ibadah puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan selamat menyambut ibadah puasa kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau juga berdoa semoga Ramadan kali ini dapat memberi keberkatan dan rahmat kepada seluruh rakyat.

“Selamat menunaikan ibadah puasa dari saya dan isteri kepada semua umat Islam. Semoga Ramadan kali ini memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua,” katanya menerusi laman Twitter di sini hari ini.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa hari ini seperti yang diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×