Nukilan seorang isteri: Siti Hasmah bimbangkan kesihatan Tun M - Utusan Malaysia

Nukilan seorang isteri: Siti Hasmah bimbangkan kesihatan Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Isteri mana yang tidak risaukan sang suami yang terpaksa bersengkang mata, namun bagi Tun Siti Hasmah, beliau terpaksa akur dengan semangat suaminya.

Dalam nukilan yang dicoretkan di laman Kelab Che Det, Siti Hasmah meluahkan kegusarannya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moahmad yang kini terpaksa ‘mencatu’ waktu tidurnya bagi menjalankan tugas-tugas negara.

“Saya risaukan kesihatan Tun yang tidak cukup tidur. Waktu tidur beliau digunakan untuk teliti setiap dokumen kerajaan.

“Dalam satu malam beliau teliti lebih 200 dokumen sehingga 4 ke 5 pagi, 7 pagi beliau sudah ada di pejabat,” cetus Siti Hasmah pada paparan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×