100 buah motosikal hangus di USJ 1 - Utusan Malaysia

100 buah motosikal hangus di USJ 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Sebanyak 100 buah motosikal yang diletakkan di ruang tempat letak kenderaan di sebuah blok di Pangsapuri Angsana USJ1, Subang Jaya, dekat sini musnah selepas terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kebakaran yang berlaku di blok E, D dan F tersebut memusnahkan keseluruhan motosikal yang diletakkan di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, api yang merebak turut menyebabkan bahagian bawah blok premis kediaman itu terbakar.

Menurut Azlin, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.03 pagi dan mendapati pasukan bomba berjaya memadamkan api beberapa minit sejurus tiba di lokasi.

Katanya, tiada mangsa yang terlibat dan punca kejadian masih disiasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×