Bekas juruteknik dijatuhi hukuman gantung sampai mati - Utusan Malaysia

Bekas juruteknik dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 16 Mei – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang bekas juruteknik yang didapati bersalah mengedar 61.21 gram dadah methamphetamine, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan yang dikemukakan Mohd. Moriff Zulkarnaim, 30, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Mohd. Moriff didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11.30 pagi, 1 Nov 2016 di rumah sewanya di Lorong Sekilau 31, di sini.

Dadah berkenaan ditemukan di dalam sebuah beg bersama-sama dompet yang mengandungi dokumen peribadi tertuduh.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×