Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong 12.30 tengah hari ini - Utusan Malaysia

Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong 12.30 tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pukul 12.30 tengah hari ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau telah menerima surat daripada Seri Paduka mengenai kesudian Baginda menerima menghadap Anwar di Istana Negara.

“Pada 12.30 tengah hari nanti saya sendiri dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Anwar akan menghadap Sultan Muhammad V di Istana Negara. Ia selepas Anwar mendapat pengampunan.

“Surat telah saya terima dan kami akan bergerak pada pukul 11.30 pagi dari sini,” katanya ringkas kepada media ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×