Zarco mahu juarai Litar Le Mans - Utusan Malaysia

Zarco mahu juarai Litar Le Mans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Johann Zarco mahu mempamerkan tunggangan terbaik apabila bersaing pada Grand Prix (GP) Perancis bagi Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) yang akan berlangsung hujung ming­gu ini.

Pelumba kelahiran Perancis tersebut mengakui saingan di Litar Le Mans merupakan perlumbaan istimewa dan penuh dengan emosi memandangkan pusingan kelima itu akan berlangsung di depan penyokong sendiri.

Tahun lalu, pelumba Monster Yamaha Tech3 itu mempamerkan aksi cemerlang di Litar Le Mans apabila memulakan perlumbaan dalam kelompok depan dan berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke­dua.

“Saya gembira dapat kembali beraksi di laman sendiri pada penampilan kedua saya dalam saingan MotoGP musim ini. Selepas bernasib baik meraih podium di Jerez minggu lalu, saya yakin keputusan tersebut mampu memberikan saya motivasi tinggi untuk beraksi cemerlang pada GP Perancis hujung ming­gu ini.

“Saya harap keadaan cuaca baik tetapi saya yakin sekiranya hujan sekali pun, saya rasa jentera Yamaha mampu menanganinya dengan baik. Saya kini lebih selesa mengemudi jentera ini.

“Tahun lalu merupakan perlumbaan terbaik saya kerana ketika di Le Mans, saya berjaya meraih podium pertama MotoGP. Jadi, minggu ini sasaran saya adalah bergelar juara. Jadi, saya hanya perlu kekal tenang sepanjang perlumbaan.

“Saya rasa dengan kehadiran penyokong dapat memberikan saya tenaga positif. Saya akan berjuang untuk mendapatkan keputusan terbaik bersama pasukan. Kita tunggu dan lihat,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×