Enam cedera dalam kemalangan babitkan 15 kenderaan - Utusan Malaysia

Enam cedera dalam kemalangan babitkan 15 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seramai enam pemandu dan penumpang cedera dalam kemalangan membabitkan 15 buah kenderaan termasuk sebuah lori di persimpangan lampu isyarat di Simpang Kuala di sini petang tadi.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 4.10 petang itu dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan tanah itu dipercayai gagal dkawal sebelum merempuh beberapa  kereta yang berada di hadapan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila brek lori terbabit yang dalam perjalanan dari Jalan Alor Mengkudu ke Simpang Kuala tidak berfungsi ketika menuruni jejambat di tempat kejadian.

“Enam mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, polis telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk siasatan.lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×