Kadar zakat fitrah Terengganu kekal RM7 - Utusan Malaysia

Kadar zakat fitrah Terengganu kekal RM7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar zakat fitrah pada tahun ini kekal pada kadar minimum RM7.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Osman Muda berkata, kadar itu dikira berdasarkan harga pasaran beras Gred Super Tempatan 10 peratus dan lima peratus hancur.

Menurutnya, bagi individu yang menggunakan beras Super Import pula, kadar bayaran zakat fitrah mereka bersamaan dengan nilai 2.6 kilogram beras tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dimaklumkan bahawa zakat fitrah bagi Terengganu tahun ini hanya boleh dibayar menggunakan wang tunai sahaja dan pembayaran tersebut boleh dibuat di mana-mana kaunter zakat Maidam di seluruh negari ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja.

“Bagi memberi kemudahan kepada orang awam, kaunter zakat Maidam termasuk kaunter di Pusat Transformasi Bandar akan dibuka tujuh hari seminggu pada 1 hingga 14 Jun ini,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Seri Iman di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×