Mo Salah belum puas - Utusan Malaysia

Mo Salah belum puas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAIN Liverpool, Mohamed Salah enggan mendabik dada dengan tiga pengiktirafan yang diraih pada tahun pertama beraksi dalam saingan Liga Perdana England (EPL) musim ini.

Pemain antarabangsa Mesir berusia 26 tahun itu memecah rekod jaringan terbanyak EPL apabila meledak 32 gol musim ini, sekali gus dinobatkan sebagai pemenang anugerah kasut emas.

“Anugerah ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa. Saya sentiasa melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan dan kami bersyukur kerana sudah memastikan tempat dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akui ini adalah impian saya kerana bukan mudah untuk menyesuaikan diri pada EPL. Apa yang paling penting sekarang adalah fokus kepada saingan musim depan dan ulangi pencapaian ini,” kata Mo Salah.

Mo Salah sebelum ini dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England dan Pemain Terbaik Persatuan Penulis Sukan Bola Sepak England.

MOHAMED SALAH

Umur: 26 tahun

Tarikh lahir: 15 Jun 1992

Tempat lahir: Gharbia, Mesir

Posisi: Sayap kanan/penyerang

Pasukan: Liverpool

Pasukan terdahulu: AS Roma, Chelsea, FC Basel

Pencapaian:

– Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England 2017/18

– Anugerah Kasut Emas Liga Perdana England 2017/18

– Pemain Terbaik Persatuan Penulis Sukan Bola Sepak England 2017/18

– Pemain Terbaik Afrika 2017

– Pemain Terbaik AS Roma 2015/16

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini