Pemuda maut digilis lori - Utusan Malaysia

Pemuda maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang pemuda maut selepas digilis sebuah lori dalam satu kemalangan di Kilometer 16.5 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, dalam kejadian sekitar pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Mas Solihin Mahamad, 26, sedang dalam perjalanan menuju ke Subang dari Damansara.

“Sebaik tiba ke lokasi kejadian, motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan apabila cuba mengelak sebuah kon yang berada di lorong kecemasan sebelum tercampak ke atas jalan raya lalu digilis oleh sebuah lori tiga tan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan parah di seluruh badan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurut Azman, tiada televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan pihaknya sedang berusaha mengesan saksi-saksi bagi membantu siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian kemalangan ini boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Inspektor Adibahtul Azizi di talian 011-1020 6989.

“Kes kini sedang di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×