BUTTERWORTH 14 Mei – Polis Seberang Perai Utara (SPU) masih mengesan empat pelatih di Sekolah Tunas Bakti dekat Telok Air Tawar di sini yang melarikan diri dari
sekolah itu pagi ini.
Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu disedari pembantu Kebajikan Masyarakat sekolah itu ketika mengadakan sesi
kaunseling pukul 10 pagi ini.
Menurutnya, siasatan polis mendapati terdapat kesan potong pada jeriji tingkap asrama dan kesemua mereka dipercayai melarikan diri melalui lubang itu.
“Dua daripada pelatih terbabit yang berusia 18 tahun pernah melarikan diri sebelum ini manakala dua yang lain berusia 15 dan 17 tahun.
“Kes itu disiasat di bawah Seksyen Seksyen 71 Akta Kanak- Kanak 2001 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja ini diminta berhubung dengan balai
polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE










