Pekerja am MBPP maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pekerja am MBPP maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 14 Mei – Seorang pekerja am Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) terbunuh selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta di Jalan Telok 
Air Tawar awal pagi ini.


Kejadian pada pukul 6.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada sebuah kereta dari arah Taman Perwira yang dipandu seorang warga emas berusia 63 tahun secara melawan arus dan memasuki laluan bertentangan.


Akibatnya, penunggang motosikal, Sahulizam Ishak, 42, yang berasal dari Padang Serai, Kedah gagal mengelak lalu merempuh bahagian hadapan sebelah kiri kereta jenis Hyundai Matrik itu.


Ketua Polis daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian 
manakala pemandu kereta itu tidak cedera.


“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×