Pembunuh Fadi mungkin guna Uzi - Utusan Malaysia

Pembunuh Fadi mungkin guna Uzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Dua suspek lelaki yang disyaki membunuh imam yang juga pensyarah warga Palestin, Dr. Mohamed Fadi Al-Batsh, 35, di Setapak, Kuala Lumpur bulan lalu mungkin menggunakan pistol atau submesingan untuk membunuh mangsa.

Satu sumber keselamatan memberitahu Bernama, pasukan penyiasat juga tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan sepucuk “Uzi”, iaitu submesingan jenis kompak dan mudah disembunyikan yang sering digunakan anggota pasukan khas.

“Ia boleh jadi pistol atau submesingan. Ya, mungkin juga mereka menggunakan sepucuk ‘Uzi’ (untuk membunuh Fadi),” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini, maklumat itu belum muktamad kerana siasatan masih dijalankan dan perlu menunggu laporan balistik bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang jenis senjata yang digunakan suspek.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun baru-baru ini berkata, pihaknya sedang menunggu laporan balistik tentang jenis senjata yang digunakan pembunuh.

Kemungkinan lelaki berkenaan menggunakan Uzi SMG bagi membunuh Fadi akan menguatkan lagi dakwaan pihak tertentu, termasuk anggota keluarga mangsa, bahawa agensi perisik Israel, Mossad bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu.

Uzi SMG dikeluarkan Israel Weapon Industries (IWI) dan digunakan dengan meluas oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam kebanyakan konflik di wilayah itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×