Bale bikin Zidane 'pening kepala' - Utusan Malaysia

Bale bikin Zidane ‘pening kepala’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane kini buntu memikirkan kesebelasan utama yang bakal diturunkannya untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool selepas pemainnya, Gareth Bale menunjukkan aksi cemerlang ketika mem­belasah Celta Vigo 6-0 di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Penyerang antarabang­sa Wales itu telah mempamerkan aksi mem­be­­­­rang­sangkan selepas me­­­nyumbat dua gol bagi me­mastikan kemenangan berga­ya The Galacticos bagi perlawanan terakhir saingan La Liga di halaman sendiri musim ini.

Sebelum ini, Bale lebih ba­nyak menghabiskan masa dengan me­manaskan bangku simpanan ke­tika saingan peringkat kalah ma­ti untuk aksi Liga Juara-Juara ekoran beberapa siri kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, pemain ber­usia 28 tahun itu kini kembali ke ­pres­tasi sebenar termasuk meledak gol penyamaan ketika mereka mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi El Clasico menentang Barcelona minggu lalu.

“Saya masih keliru dengan pasukan yang bakal diturunkan, namun ia sangat menggembirakan apabila semua pemain bersedia untuk diturunkan pada aksi final nanti. Ia membuatkan saya buntu untuk memilih pemain terbaik.

“Kami telah mempamerkan aksi terbaik menentang Celta dan enam gol itu merupakan hadiah terbaik buat semua penyokong yang memenuhi stadium,” kata Zidane.

Pada masa sama, pengendali kelahiran Perancis tersebut akui Bale telah membuktikan kemampuannya ketika berdepan Celta Vigo.

“Saya sangat gembira dengan prestasinya, namun yang paling penting adalah semua pemain telah mencapai tahap yang memberangsangkan,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×