Lewy cipta sejarah di Bundesliga - Utusan Malaysia

Lewy cipta sejarah di Bundesliga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH – Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski (Lewy) mencipta sejarah baharu Bundesliga apabila menjadi pemain pertama bukan warga Jerman berjaya merangkul anugerah penjaring terbanyak liga itu sebanyak tiga kali.

Lewandowski, 30, meraih gelaran tersebut dengan menjaringkan 29 gol musim ini meninggalkan pencabar terdekat pemain daripada SC Freiburg, Nils Petersen yang cuma mampu meledak 15 gol sahaja.

“Satu penghormatan buat diri saya kerana sekali lagi berjaya menjadi penjaring terba­nyak Bundesliga. Terima kasih kepada semua rakan-rakan sepasukan kerana tanpa mereka, saya tidak akan memenangi­nya,” kata Lewandowski.

Kali pertama penyerang antarabangsa Poland itu dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sewaktu menyarung jersi Borussia Dortmund de­ngan 20 gol pada 2014 sebelum sekali lagi memenanginya ketika bersama Bayern dua tahun lalu.

Lewandowski bagaimanapun gagal meneruskan kecemerlangan tersebut sewaktu kekalahan mengejut 1-4 Bayern kepada Vfb Stuttgart pada aksi terakhir Bundesliga di Allianz Arena malam kelmarin.

Penyerang yang diintai Real Madrid itu cuma mampu mencipta satu gerakan buat Corentin Tolisso meledak gol tunggal Bayern yang merangkul kejuaraan Bundesliga musim ini, sekali gus gelaran liga keenam berturut-turut.

Empat gol Stuttgart yang menamatkan kempen musim ini di tempat ketujuh, diraih menerusi Daniel Ginczek pada minit kelima dan ke-55, Anasta­sios Donis (m-42) serta Chadrac Akolo (m-52). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×