Sembilan maut, kira-kira 30 cedera - Utusan Malaysia

Sembilan maut, kira-kira 30 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AFGHANISTAN 13 Mei – Jumlah yang terkorban meningkat sekurang-kurangnya sembilan orang dalam siri serangan tembakan antara pasukan keselamatan dan beberapa militan di timur bandar Jalalabad.

Jurucakap Gabenor Wilayah Nangarhar, Attahullah Khogyani berkata, dalam serangan itu juga sekurang-kurangnya 30 orang awam turut tercedera.

“ Serangan itu bermula apabila militan meletupkan bom kereta di depan pintu masuk bangunan jabatan kewangan sehingga membuka laluan kepada kumpulan itu memasuki bangunan tersebut,” katanya. -AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×