Brother Motor jadi mata, telinga PDRM - Utusan Malaysia

Brother Motor jadi mata, telinga PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 13 Mei – Kumpulan Brother Motor di negeri ini diminta memanfaatkan sepenuh­nya penjenamaan semula imej mereka dengan berbakti kepada masyarakat di samping menjadi mata dan telinga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

MOHD. KHALIL KADER MOHD.
MOHD. KHALIL KADER MOHD.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., berkata, imej positif mereka yang sebelum ini digelar sebagai ‘mat rempit’ perlu disemai dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan supaya lebih dihormati dan disayangi masyarakat.

“Brother Motor juga kena jadi mata dan telinga PDRM dalam membantu membanteras jenayah termasuk ragut, curi motosikal, dadah dan paling utama lumba haram di negeri ini.

“Mereka perlu mengambil pe­luang berbakti kepada masyarakat termasuk ketika berlaku bencana ataupun sekadar gotong-royong sebagai usaha mendampingi an­tara satu sama lain,” katanya se­lepas merasmikan Program Gotong-Royong Serentak PDRM Johor Bersama Brother Motor di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din; Pegawai Daerah Batu Pahat, Mohd. Haffiz Ahmad dan Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa.

Hampir 2,000 Brother Motor menyertai acara itu yang diadakan serentak di seluruh nege­ri dengan menjadikan aktiviti gotong-royong sebagai program utamanya.

Mac lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan kepada kerajaan untuk mengubah istilah ‘mat rempit’ menjadi Brother Motor.

Baginda bertitah, istilah baharu itu bagi memastikan persepsi orang ramai diubah daripada kononnya imej penunggang motosikal digambarkan sebagai ‘sampah’ masyarakat dan samseng jalanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×